background

Tuesday, October 23, 2012

Milestone fath yg ke 7 bulan :



21 oktober 2012

Dah meniarap keliling rumah. Baju kt belah hadapan dari dada, perut sampai ke kaki…. Habis hitam legam. Siap ada rambut….boleh kata dah jd DBKL. Hehehhe…

Dah mula buat ‘pondok-pondok’ utk step seterusnya…merangkak.

Snagt susah nk gelak. Sengih mmg rajin….

Tempt urat geli…. Badan belakang ngan pergelangan tangan. Tmpt lain, gelak jugak tp payah sikit la.
Lainla mak bobok dia aka kak lang…’kamcing’ betul ! Asalkan kak lang pegang je gelak2..sengih2..happy btol. Kalo tido pun sama..kemain lena lagi kalo kak lang dia yg peluk~

Jeles mama!

Friday, October 19, 2012

Emo betul aku!



Si ibu sarat mengandung. Terpaksa balik awal2 ke kg. halaman tingglkan si suami… 

Si isteri baru je bersalin….

Mula berkerja isnin lalu, 5hari lepas….

Terpaksa tinggalkan anak di kampung halaman yang jauh di seberang lautan demi nk pastikan baby yg baru lahir tu terjamin keselamatannya. Betapa sengsara perasaan si ibu. Walaupun aku xrapat dgn dia. Aku dah pun bergelar ibu. Aku tentu boleh rasa perasaan tu. Berbulan bby duduk sama2 dlm rahim, dah lahir..bersama dgn bby 24jam selama 2bulan..tup2 demi nk bekerja…sanggup dan terpaksa tinggalkan anak. 

Pengorbanan si ibu……

Tapi hari ne… hari ke 5 berjumpa, sekatil, serumah dengan si suami….

Alangkah geram dan marahnya aku ne, bila dpt tau si ibu kena pukul dgn si suami…

Aku x tau seteruk mana… aku x tau apa puncanya….

Kau ne manusia jenis apa hah? Isteri kau tu baru je habis pantang tau. Belum sihat sepenuhnya! Mana dia nk berperang dgn emosi dok ingat kt anak.. kau tangankan dia pulak. Walau apa pun punca atau mungkin salah dia, kau xde otak ke nak berlemah lembut, nak berhemah ? Bingai…

Baru nk masuk hari ke-5 berjumpa kot….

Nauuzubillah minzalik….



Thursday, October 18, 2012

Tisu tu diperbuat drpd apa ye ?



Ini adalah rentetan drpd sana. Since kt sana utk jait2..so part ini x sesuai masuk lah kot ?

Korang.. tisu diperbuat drpd apa ?

Asalnya aku nk cari mcmna cara tisu kt dapur dibuat. Yela..kadng2 kita gunakan tisu tu utk lap makanan yg x kemas kt tepi pinggan kan? Takpun utk balut ayam atau daging. Nak kasi kering supaya lebih enak rasanya lepas dah msk nanti. Tapi lepas tu, tisu tu melekat plak. Kalo sikit ambik dan buang. Kalo yg kecik2 halus2 tu? Kalo banyak ? Huh, biarkan je….

Godek punya godek punya godek….jumpa ne…. tapi bukan tisu dapur la. Tisu tandas… 


















Walaupun tisu tu digunakan utk lap tutttt tp kdng2 aku buat lap mulut, lap tangan… eh eh takyah nk gelikan kat aku ? korang pun mesti ada kan?

Wlupun itu tisu tandas dan bukannya tisu dapur, tapi setakat manakah bersihnya tisu dapur?

Dah la kembang tekak. BTW nk p cek tisu aku made in mana eh ?

+ve : Betapa org cina sngt kreatif & inovatif. Kt tmpt yg daif mcm tu pun mereka ada idea yg bernas! So, faridah abas…. Malulah sikit ! Mungkin inilah antara sebab kenapa negeri China di sebut2 oleh Rasulullah. Wallahu a’lam…..







































Monday, October 15, 2012

Comel~

11 Julai 2012



Ibu baru balik kerja. Anis jerit2 sambil cakap…..

“Ibu..ibu… adik dapat pahala. Ada atas meja seterika. Pergilah tengok….”

Pahala atas meja seterika ?















Oh……. Piala…….

Hahahahahahaa….