background

Friday, August 2, 2013

~ SALAM PERPISAHAN ~


Nak pergi cuti bersalin ??

Hihihihihihi... bukan-bukan.

BTW yup2... nak masuk bby yg ke3 dah.
Walaupun Muhammad Fath buat masa ne baru je berumur 1tahun 4bulan, dah nak beradik dah.. Jadi 'Abang' dah Fath. Buat masa ne kandungan aku berusia +- 7bulan dan Due End Octber 2013 nanti.

Eh eh lari tajuk ne....

~ SALAM PERPISAHAN ~

Rasanya blog yang ini akan tamat pada hari ni la (padahal tak update pun..)
Kiranya hari official la. Setelah ditimbal balik itu ini. Cukuplah setakat ini untuk ~PERMATA HATIKU~ ni.

Then delete je la.
Takmo takmo.
Walaupun tak berupdate. Banyak belajar kat sini. Walaupun masih belajar..sayang sangat rasanya nak delete. Jadi biar jela. Kenangan tu....

Dulu konon2nya tak nak campur2. Hal anak/personal kat sini. Kerja/jahitan kat 'created by faridah abas'. Sudahnya ke laut~ Kikiki....
Pun begitu 2 2 blog pun sayang dan ada sentimental valuenya yang tersendiri.

So keputusan dah dibuat.
No more entry HERE.

Semua entry akan carca marba di 'created by faridah abas'


Monday, December 3, 2012

Part 3

Salam..

Yang ini entri utk si budak gomuks.. Fath yg comel. Bakal menjadi Dr. Muhammad Fath yg berkhidmat kepada masyarkat yg sngt mulia tugasnya. Apatah lg Dr.Fath yg mendahulukan Allah dlm setiap perbuatannya. Amazing!

Erm... Rindu wor ini budak... Bantal kecik fath tu..ma bwk sekali. Bantal busuk fath wlpn xla busuk pun tp ada bau2 aura2 fath pun jadila..

Setiap mlm ma akan call fath via ibu de la.. Kesian fath. Kena tinggal dgn mama. Tp mama yakin tinggalkan fath dgn ibu. Mama boleh kerja dgn tenang.

Lgpun ma sngt yakin. Bukan kuantiti masa bersama yg perlu kita kejar tp kualiti masa bersama. Tapi kalo dpt kedua-duanya.. Beruntungnyaaaa si ibu tu. Anak apatah lg kan..

Setiap kali ma call, ibu akan buat loudspeak. Dengar je suara ma, fath akan terccari2 ma mana. Pusing2 kepala fath. Kejap kiri... Kejap kanan.. Kejap diam pndng ibu. Bila dgr je balik suara ma.. Fath carik balik... Dan bila fath dpt 'tangkap' suara ma di telefon. Fath tengokkkkk je telefon tu.

Ok dah itu je. Sakit hati! Sbb ma xmampu nk bersama anak2 ma semasa bekerja.
Takpe ma yakin tugas ma adalah tangjwb yg murni, jd ma akan bekerja sebaiknya.

Luv u both~

Labuan-KK-Tuaran-Ranau-KK part 2

Salam anak2 mama.

Faiz yg comel dan dah kuat membebel. Ada yg ma boleh faham. Ada yg ma pening... Hahha
Fath yg bam bam. Tp x eksklusif breastfeeding dah. Oh~

Sebelum ma dtg sini, ma beritau faiz.
'faiz, ma nk kerja jauh tau'
Sambil buat muka dek faiz jwp 'twjrbfkdk sampai bumbung' hah..membebel la tuh~ membebel malas nk layan ma. Bukan membebel sbb ma nk pergi kerja. Adoi!

'bumbung' itulah wording yg faiz suka sngt sebut skang. Apsal ntah... Semuanya mesti ada sangkut dgn 'bumbung' haiz..

Demi nk tarik attrack faiz, ma ckp la 'ma nk kerja jauh. Ma nak naik kapal terbang'

Dengar je wording 'naik kapal terbang' segar bugar mata faiz. Ooooo pandai eh....

Dan ma beritau 'tak boleh..sebab ma kerja' then faiz buat muka x puas hati sambil membebel. Ha yg ne baru membebel x puas hati. Hahhaha

Demi nk sedapkn hati anak bujang mama ne, ma pun cakap.. 'nanti bila kapal terbang lalu je atas rumah opah ne, faiz jeritla mamaaaaaaa'

Ok, inilah main story nya...
Mlm semlm ma call ateh utk ckp ngan faiz la. Elok2 dpt cakap je faiz membebel ngan mama... 'mana ada ma? Faiz jerit bila nmpak kapal terbang. Ma x de pun. Dirjrndnkshffqhsjduwigtrukelap...' again membebel. Hahhaha....

BTW faiz xde la ckp smooth mcm tu. Tp itulah maksudnya. Keh3...

Monday, November 26, 2012

Labuan-KK-Tuaran-Ranau-KK part 1

Salam anak2 mama faiz & fath yg disayangi. Bakal2 khalifah luar biasa kurniaan Allah utk mama & papa.

Ini kali kedua ma tulis. Harap2 x ilang. Adoi!

Erm. Sepatotnya ma nk tdo ngan anak2 mama mlm tdi tp sbb ma takut terlajak n takut susahkan org pulak kalo nk hntr pg2 naik flight tu.

Kol 645 ma dah kena cek-in. Jd dr umah opah mestila awal2 pg kan.
Nak kejut acu mintak tolong hntr? Dia ok je tpi sian dia. Lepas hntr ma pg2 nanti nk keja. Hr ne hr isnin tau. Monday blues~

Sapa nk hntr fath p umah ibu de ? Mama anjang keja pg. Takkan nk hntr fath pagi2 btul tu. Sian fath. Ganggu ibu tdo lagi. Takkan opah nk jaga. Mana opah larat nk dokong2 tu.

Ma xsangka pulak ibu angah xde budak nk jaga. Kalo x, minta tolong ibu angah. Tapi sebb dah cakap ngan ibu de, segn pun ada. Ok la. Ibu de jela yg jaga.

Ma takut terlajak tido....

Masa ma ngandungkan fath dlm 5 6 bulan dulu ma ada p KK. Sepatotnya jumpa bos kt HQ jam 615am tp jam 6am br ma tersedar!!! Ma tdo2 ayam. Arghhh takutnya ma masa tu. Jgn tya ma mcmna ma boleh mampu siap dlm ms sesibgkat tu! Yg pasti ma sempat mandi hokey! Hahaha

Yg paling ma takut ms tu adalah fath. Ms tu xdelah nama kan.. Risau kt bby jela. Sbb ma berlari dr bilik ke toilet. Tau2 jela umah opah tu pjg mana kan..

Tapi alhamdulillah... Baby mama dilahirkan dgn sihat sempurna. Ada pakej lg~ ada sepasang lesung pipit u..

Hais...jeles ma!

So that, mlm tdi ma tdo umah fully la. Tinggal anak2 ma..

Masa peluk2 fath. Fath nangis sbb ma xdokong fath...
Masa peluk2 faiz, faiz ok je... Siap hntar ma sampai umah fully.

Hahahah.. Faiz & Fath luv u !!

Sunday, November 25, 2012

Arghhhh

Tulis pjg2 utk anak2 tersyng. Tapi hilang! Stres !

Friday, November 23, 2012

Erm alahai fahmi~

Wekend ne ada mjlis perkahwinan anak cik wok. Majlis sambut menantu.

Malam ne khamis malam jumaat. Cik Wok buat kenduri arwah utk Cik Rosli.

Opah, Ateh semua pergi dah.
Budak2 ne plak nk p. Tinggalla Acik 3 beranak je. Sbb dua dua hero : faiz dan fath dah tido.

Acik lepak dalam bilik Acu.
Tapi tiba2 dengar Fahmi nyanyi
'selamat hari jadi....~'

Wakakaka....
Pehhh nama je kenduri. Dr isyak tdi Acik xdengr riuh. Korang dtgggg je, riuhnya sampai sini dengar!
Aiyo~

Thursday, November 22, 2012

Muhammad Fath : 8bulan dah...

Anak mama ne dah 8bulan dah... Mcm xpercaya. Kejap je kan. X rasa..

Apa milestones fath?
1) Dah pandai duduk.
2) Asik sebut papapa.. Geram! Sebutla mama! Huh...
3) Dalam proses nk berdiri. Nk cuba2 dah tp kaki goyang2. Mcm org menggigil2 tu...

Demam + nanah kuar dr telinga + selsema + batuk... Xabis2 lagi... Ma bwk p KPMC jumpa pakar mata & telinga aka ENT. Apa doktor ckp?

Pastikan dia x selsema. Kalo x, mmg sakit dia x ilang.

Tp yg ma xpuas hati tu, dr cara dktr tu cakp, dia salahkn ibu plak. Agaknya dah lama2 br dia pasan ma xsetuju dgn apa yg dia cakap. Lepas tu dia kata...

Awak x percaya eh? Ok awak try jaga anak awak sorang2.. Awak amik cuti 2 3 bulan dan jaga sendiri anak awak. Mesti penyakit ne baik.

Peh... Suruh ma cuti eh. 2 3 bulan plak tu. Keja swasta plak. Harus la x dpt.

Dktr tu korek2 telinga fath. Dia masukkan kamera. Ma yg takut.

Dia xdpt nk buat apa2. Dia kasi ubat titis telinga & hidung dan antibiotik. Ada next appointment awal bulan depan 4hb dec.

Mudah2an fath xde apa2. BTW fath..ini penyakit pak lang. Org johor panggil 'torek'. Nenek ckp torek ne akan hilang sendiri. Tp, sementara nk hilang sendiri...waduh sakit mata & hati ma tengok!