background

Tuesday, December 28, 2010

Malam Pertama

 'Malam Pertama' yg mama maksudkan ini merujuk kpd mlm pertama kelas mengenal huruf hijaiyah dperkenlkn utk si bucuk bacam mama.... faiz aizen.
tapi apakh reaksi nya..?

mula2 kuarkn flash card dr kotak... 'fuyoo, menan baru r..'

pastu buat alas lutut n tgn dia tok merangkak. almklumla kertas baru, melekat-lekat skit..suka r dia..

gaya je lebihhh....

dia p sorok bwh kusi.!!

flash kad kemana....dia kemana....

Ya Allah permudahkan aku mendidik anakku...


Monday, December 27, 2010

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu...


Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …
Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

"Apakah keistimewaan perempuan ini?”

Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

 

Bila Isteri Tak Pandai Memasak


Bagi suami yang mendapat isteri yang pandai memasak, rajin memasak, suka tengok orang makan masakannya dan cekap memasak untuk orang ramai, dia adalah suami yang beruntung.

Tetapi awas, jika kita seorang pendakwah, maka ini adalah ujian dan peluang yang jangan diabaikan daripada Allah untuk kita bersama-sama dengan isteri yang mempunyai kemahiran ini, melakukan dakwah melalui jemputan makan-makan di rumah kita.
Kaedah pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam berdakwah terhadap keluarga terdekatnya ialah menjemput mereka makan kenduri di rumah baginda. Pastinya isteri baginda Saidatina Khadijah r.a. telah menyediakan yang sedap untuk mereka.
Oleh itu, bantulah isteri ini dari segi persediaan memasak, menghidang dan membasuh pinggan mangkuk selepas program tersebut. Selalunya apabila isteri kita telah menyediakan masakan, kita pun ‘take for granted’ yang dia juga pakar membasuh pinggan mangkuk dan kuali periuk. Kita tinggalkannya bersendirian bertungkus-lumus mengasah dan membasuh bakatnya di situ pula. Kasihan dia. Sudahlah dia letih memasak, basuh pinggan pun dia kena buat juga.
Alangkah baiknya jika kita puji masakannya tadi dan bersama-sama menyingsing lengan baju menggilap pinggan mangkuk dengan sentuhan ajaib ‘Axion’.
Bagi suami yang ditakdirkan berjodoh dengan isteri yang tidak pandai memasak, apalagi tak tahu memasak jamuan untuk orang ramai, maka kita juga ada ujian dan peluang daripada Allah untuk mendapat pahala-Nya.

Secara tabiinya, isteri yang bersifat lemah-lembut itu, memang suka melayan suaminya dalam segala hal keperluan dan kehendak. Begitu juga dalam hal memasak untuk suaminya.
Memasak adalah satu kemahiran. Untuk mendapat kemahiran ini, seseorang itu memerlukan latihan psikomotor. Kebanyakan isteri yang tidak pandai memasak ini adalah kerana mereka semasa remaja dulu tidak berpeluang mendapat kemahiran ini. Jika semasa mereka berada dalam tingkatan satu atau empat telah mula tinggal di asrama yang biasanya memakan nasi kawah, pastinya tiada peluang untuk mereka mempelajarinya. Begitu juga yang tinggal di rumah bersama emak. Kadang-kadang emak menyuruh anak perempuan ini menumpukan perhatiannya kepada pelajaran.

Ada juga yang mempunyai pembantu rumah yang menyebabkan anak-anak ini bertambah malas hendak ke dapur. Apabila sudah bekerja, masa untuk belajar memasak telah digunakan untuk menguruskan hal-hal kerjaya di pejabat. Begitulah kesudahannya. Tak pandai memasak.
Walau bagaimanapun, isteri-isteri ini pandai pula memasak masakan moden (western dan continental) yang mereka pelajari dari sekolah dan rakan-rakan semasa menuntut di dalam atau luar negara. Ini adalah suatu kekuatan yang mereka miliki.

Oleh itu, bagi suami yang mempunyai isteri seperti di atas, dia hendaklah berterus-terang secara berhikmah. Jangan terlampau ‘direct’ mengatakan masakannya itu tak sedap. Tetapi carilah waktu yang sesuai seperti bawa dia ke restoran yang sedap masakannya. Dan katakan kepadanya, “Yang! ingat lagi tak masakan tomyam semasa Yang masak untuk jamuan di surau minggu lepas, ada beza tak dengan yang ini? Abang rasa dia bubuh sos sekian-sekian dan ditambah daun limau purut sekian-sekian kot.. mari kita tanya tukang masak tu..”

Jika kita berbohong dengan mengatakan masakannya sedap, sampai bila-bila pun dia tidak akan memperbaiki mutu masakannya. Oleh itu, kaedah di atas adalah salah satu cara yang boleh diamalkan. Dan banyak lagi kaedah lain yang berhikmah.

Kedua, jika isteri kita ini amat berminat untuk memasak jamuan untuk orang-orang di surau sedangkan dia tak pandai, maka kita cadangkan kepadanya memasak masakan moden atau asing bagi kariah di surau itu. Contohnya, jika laksa adalah makanan tradisional utama di situ, maka jangan sekali-kali membenarkan isteri kita memasak laksa. Carilah masakan moden seperti nasi ayam atau mee sup. Atau gunakan perencah-perencah ‘instant’ yang boleh didapati di kedai seperti rendang untuk dimakan dengan nasi impit ‘segera’.

Satu lagi peringatan untuk kita ialah jika isteri kita orang Kelantan yang pakar memasak laksa Kelantan, sudah tentu ia tidak sedap kepada lidah suami yang berasal dari Johor. Begitu juga suami yang sudah biasa dengan laksa Kuala Perlis, pasti tidak selera dengan laksa isteri dari Pulau Pinang.
Dengan demikian, berusahalah sesama kita suami isteri mengorientasikan lidah masing-masing mengikut kesedapan masing-masing. Carilah masa pada hujung-hujung minggu bersama isteri belajar memasak sama ada tradisional mahu pun moden. Jadikan ia sebagai salah satu aktiviti rekreasi keuarga. Dan sama-samalah menilai masakan itu.

Selain itu, jangan lupa ajak anak-anak perempuan kita bersama-sama menerokai bidang masakan ini. Supaya dia tidak menyalahkan ibunya kelak kerana tidak mengajarnya.
Akhir kata, paradigma isteri pandai memasak ini akan pupus juga akhirnya dengan kedatangan budaya makanan segera, jamuan di restoran, industri katerer masakan dan sindrom ketuhar mikro yang mendatang.

Artikel ini merupakan salah satu bab yang dipetik dari buku Pak Utih bertajuk 'Suami Memimpin, Isteri Mengurus'. Dapatkan dalam bengkel Mahligai Kasih anjuran kami!

Sumber : http://mahligaikasihkita.blogspot.com/2010/06/bila-isteri-tak-pandai-memasak.html

Saturday, December 11, 2010

BUNTU..!!

nk kejar peluang depan mata @ nk tgu..?
buntu...!!
masing2 ada kebaikan tersndiri..!!
"yg dikejr xdpt..yg dikendong berciciran..."
arghhhhhhhhhh
closing time makin hampir...10minutes to go...

Thursday, December 9, 2010

SURATAN @ KEBETULAN..?

ada macm2 nk share..tp jenuh plak sebb pic dlm lappy kt umah. nk masuk kompter opis ne..xde kad reader plak.hukhuhkhuk...xdpt nk share kemeriahan besday faiz kt umah kak ju. xde planing nk celebrate besday faiz sebbnya mrgobel keja n perlu OT yg gantikan tauchu dia.huhuhu..
tba2 dlm kol 5pm tu mrgobel ajk celebrate gk. plannya nk mkn kt secret receipt je tp cam xmeriah plak. apalagi kol akak ju n nk buat mkn2 kt umah dia. buat persediaan ala kadr je..beli mana2 yg patut n zassss..ke rumah kak ju kt bndr sri alam.
terharu..dia sempat gk mask mee bandung oke!! thanks 2 kak ju n abg am..

so, n3 ne bukan dedicted tok faiz..tp utk mereka berdua ne...meh tngk orng nya dulu...
romantik x? hikhihkihk..kak ju n bg am..fieda amik pic ne dlm fb.kira halal la ye..

tarikh kawen kami..15hb dec..sama tarikhnya dgn besday bg am..
n of course diorng sempat celebrate..
hari celebrate besdy faiz...07hb dec...sama tarikhnya dgn anniversy diorng yg ke-14
n of course jugak...celebrate sama2 r..hikhihihk

suratan @ kebetulan..?

Wednesday, December 8, 2010

Wish me luck..!!

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Beberapa jam saja lagi umat islam akan melangkah ke tahun baru..dan beberapa jam juga lagi..FAIZ AIZEN...permata hati mama & papa akan berusia satu tahun. Pada mama, tarikh ulangthn kelahirn faiz yg 1st ne sgt2 bermakna...sbbnya ia sama tarikhnya dgn  tahun ke 1432 hijrah.

Faiz syng...mama akan berusaha untuk menjadi mama yg hebat utk faiz. Mama yg akan senantiasa menjadi mama & kawan baik faiz selama-lamanya....

Doa mama.......
faiz membesar sbg ank yg soleh, dgn sihat & cerdas..spy kasih syg kita ini akan berkekalan di dunia & di akhirat.

Maaf Faiz Aizen.....mama xpandai berkata2...tp mama pandai berkata
"Faiz Aizen... anak mama yg berjaya, anak mama yg kaya... MAMA SAYANG KAMU..!!"


Salam Maal Hijrah 1432